Wahai Para Isteri, Bacalah Potongan Doa Dari Al-Quran Ini Ketika Memasak Agar Jiwa Suami, Anak Lunak Dan Tak D3gil

Khas untuk ibu-ibu dan para Isteri juga Umumnya untuk semua yang memasak…

(Perkongsian dari Group Fikirman Haramain)

Memasak ni sangat penting Sahabat-sahabat.. Tok-tok guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk Para Jemaah yang keluar BerDakwah di Jalan Allah

Saya nak kongsi adab-adab memasak dari Kitab Mudzakarah Masturat. Sangat-sangat hebat mereka para-para isteri para jemaah Dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak-anak

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah Al-Kahfi Ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl Ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh Sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan al-Quran, zikir dan JANGAN bercakap HAL-HAL dunia semasa memasak..apatah lagi buka lagu-LAGU ketika memasak.. tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak.. kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah

Sila amalkan untuk Keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak..terutamanya Ibu dan Isteri-isteri yang Solehah…

#dakwahitucinta

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfo

 

 

Sumber : Myinfoharian

Facebook Comments