Kucing gergasi ditinggalkan oleh penjaga terdahulu kerana kuat makan, tetapi pemilik barunya merasakan kucing itu cukup sempurna dan sememangnya ditakdirkan untuk mereka

Kucing yang diberi nama Pickles ditinggalkan oleh tuannya yang terdahulu kerana sikapnya yang kuat makan. 

Setelah dibuang, seperti kucing terbiar lain, kucing ini perlu berdikari dan mencari makan dengan sendiri di jalanan. Itu bukanlah kerja mudah memandangkan dia memilki berat mencecah 10 kg.

Nasib baik ada yang telah menyelamatkannya.

Semasa pasangan Andrew Milicia dan teman wanitanya Emily Zarvos sedang mencari kucing untuk dibela, mereka ke Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Massachusetts (Massachusetts Society for the Prevention of Cruelty to Animals).

Pickles telah diambil dan diselamatkan oleh persatuan tersebut.

Apabila pasangan itu bertentang mata dengan Pickles, mereka merasakan bahawa kucing itu sememangnya untuk mereka.

“Apanila pertama kali kami melihat Pickles, dia kelihatan seperti raksasa, tetapi nampak hebat dalam masa yang sama. Dia juga lebih besar berbanding anjing lain.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk berasa selesa di rumah barunya. Dan kini, hampir seluruh bahagian sofa di rumah menjadi tempat tidurnya,” Andrew memberitahu Barcoft TV.

“Dia [Pickles] tidak menyedari bahawa saiznya sangat besar kerana dia seringkali melanggar barang-barang di rumah, dan dia juga haiwan yang cemerkap.

Tetapi sangat sukar untuk memarahinya, mungkin dia rasa bahawa dia masih lagi kucing yang kecil [anak kucing],” kata Andrew.

Pickles, atau nama lainnya Catasaurus Rex, diiklankan di atas talian, dan ramai pasangan muda mahu menjaga dan memberi kucing gergasi ini rumah yang selesa.

“Dia sebenarnya sangat besar berbanding anjing-anjing yang kecil,” kata Andrew.

Pickles telah menemui rumah yang betul baginya buat masa ini kerana tuannya sangat menyayanginya. “Dia [Pickels] suka berpelukan dengan saya,” kata Emily.

“Dengan saiznya yang sangat besar, saya rasa seperti sedang bersenam apabila mengangkatnya,” tambah Emily lagi.

Tonton video di bawah mengenai ‘raksasa’ comel ini:

Era Baru

Facebook Comments