Ajaib! Budak Lelaki Ini Masih Mampu Hidup Walaupun Dilahirkan Tanpa Otak

SEORANG budak lelaki yang dilahirkan tanpa otak telah menunjukkan keajaiban dan mengejutkan dunia perubatan selepas dia selamat dilahirkan dan otaknya ‘tumbuh semula’.

Ketika mengandung, pasangan Shelley dan Rob Wall diberitahu bahawa anak mereka hanya mempunyai dua peratus otak.

Disebabkan keadaan bayi dalam kandungannya, mereka dinasihatkan untuk menamatkan kehamilan sebanyak lima kali dalam tempoh berasingan.

Pasangan itu diberitahu bahawa jika dilahirkan, anak mereka tidak dapat bercakap, melihat, mendengar atau makan.

Walaupun sering mendapatkan nasihat doktor, pasangan itu memutuskan untuk tetap melahirkan bayi tersebut.

Rob berkata dia berpendapat ramai ibu bapa muda mungkin tertek4n untuk membuat keputusan.

 

“Saya rasa kemungkinan, jika pasangan muda ditawarkan pilihan itu, mereka mungkin rasa tertekan untuk meneruskannya,” katanya kepada Good Morning Britain, ITV.

“Kerana kami ibu bapa agak tua, kami tahu apa yang kami fikir dan kami orang yang positif. Kami mahu berikan Noah peluang untuk hidup.”

Kini Noah sudah berusia enam tahun dan mempunyai 80 peratus otak, lapor Good Morning Britain.

Noah dibawa ke Australia untuk rawatan pembangunan otak.

Dia menjalani rawatan yang dikenali sebagai ‘neurophysics’ yang merupakan gabungan fisioterapi dan latihan kognitif.

Cukup luar biasa apabila dia belajar bagaimana untuk duduk tanpa bantuan dan juga boleh berlayar.

Dia kini mempunyai matlamat untuk belajar berjalan, bermain ski dan terus berlayar. 

Video :

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfo

 

 

Sumber : mStar

Facebook Comments