Inilah 10 Tempat Terlarang Dimasuki Di Muka Bumi

Tidak banyak yang diketahui oleh orang ramai tentang kewujudan tempat larangan ini di bumi. Bagi sesiapa yang terdesak untuk cuba masuk, pasti hidup mereka akan bertaruh.

Memilih dari halaman pulptastic.com, di bawah adalah senarai 10 tempat paling larangan di dunia untuk anda melawat.

10. Pulau Volcano Surtsey

Surtsey adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak berhampiran pantai selatan Iceland. Ia bermula sebagai satu bentuk letusan gunung berapi yang bermula pada tahun 1963 dan berakhir pada tahun 1967.

9. Gunung Cuaca

Pusat Operasi Kecemasan Cuaca Gunung atau lebih dikenali sebagai ‘Gunung Cuaca’ adalah pusat di mana tiada orang awam dibenarkan melawat tempat ini. Terletak di Virginia Amerika Syarikat. Pusat ini adalah penempatan asal pegawai tentera tertinggi dalam kes bencana alam terbesar negara.

8. Mezhgorye

Mezhgorye adalah sebuah bandar tertutup di Republik Bashkortostan, Rusia. Dikatakan bahawa orang-orang yang tinggal di bandar tersebut terlibat dengan bidang pekerjaan yang dirahsiakan sekitar Gunung Yamantaw. Gunung tersebut disyaki menjadi lokasi program nuklear yang merupakan tempat penyimpanan khazanah negara Rusia, sehingga kini kawasan tersebut adalah sulit. Dakwaaan samada wujud loji nuklear benar atau tidak, tiada siapa yang tahu.

 

7. Metro-2

Metro-2 adalah sistem bawah tanah rahsia yang tidak asing lagi dengan penduduk Moscow. Ia dibina oleh Joseph stalin dan sehingga kini ada khabar angin mengatakan ia masih dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Rusia.

Terowong Metro-2 berfungsi untuk menghubungkan Kremlin dengan Ibu Pejabat Perkhidmatan Keselamatan Perekutuan Rusia. Ia juga sebagai tambahan lokasi rahsia lain yang amat penting untuk negara pada era pemerintahan Stalin.

6. North Sentinel Island

Sebuah Kepulauan Andaman di Teluk Bengal dimana menempatkan sekumpulan orang asli. Penduduknya dianggarkan berjumlah hampir 400 orang. Puak yang dikenali sebagai Sentinel ini menolak sebarang hubungan dari luar masuk ke dalam masyarakat mereka.

Dan mereka adalah manusia terakhir di muka bumi ini yang tidak mahu menerima ketamadunan moden sehingga kini.

Cubaan sekumpulan pengkaji untuk datang melawat ke kawsan puak ini disambut dengan anak panah dan tombak dan lebih tragik lagi pada tahun 2006 dua orang nelayan mati terbunuh setelah bot mereka terdampar di pulau terebut.

5. Arkib Rahsia Vatican

Arkib ini menempatkan sebahagian besar rahsia sulit pemimpin dan Raja Eropah sekitar tahun 1881. Antara yang tersimpan adalah dokumen sulit King Henry VIII dari England.

Dari namanya sahaja, anda boleh tahu pulau ini merupakan pulau yang sangat berbahaya. Pulau yang terletak di pantai Sao Paolo, Brasil ini menjadi rumah bagi sekitar 4.000 ular paling berbisa di dunia.

4. Pulau Ular, Brazil

Pulau ini dikatakan sebagai satu-satunya habitat untuk ular paling beracun di dunia iaitu Bothrops Insularis. Tidak hanya itu, masih banyak ular berbisa lain yang mendiami pulau bernama Ilha de Queimada Grande .

Pemerintah Brasil pun sudah mengumumkan larangan dari masuk ke pulau itu. Namun masih ada saja yang nekad untuk mencuba masuk masuk, akibatnya ada orang yang dilaporkan hilang ataupun telah meninggal dunia di sana.

3. Woomera, Australia

Kawasan Woomera merupakan tempat larangan untuk di masuki oleh orang awam. Arahan ini dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Udara Australia. Sebabnya adalah kerana Woomera merupakan kawasan yang digunakan untuk melakukan uji kaji terhadap senjata berbahaya, bermula dari roket sehingga senjata nuklear.

Jadi masuk kawasan ini tanpa kebenaran boleh membunuh anda ketika waktu uji kaji dilakukan. Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pemerintah Australia

2. Havenco, England

Tempat yang dibina pada tahun 2000 ini awalnya adalah pusat penyimpanan data, penyedia server internet, dan sehingga proses enkripsi.

Pelanggan HavenCo adalah syarikat yang ingin mengelakkan hukuman kerana laman webnya mempunyai kandungan yang berbahaya dan boleh merosakkan seseorang seperti pornografi, spam, dan penggodaman. Walau bagaimanapun, pada tahun 2008, tempat ini telah ditutup selepas berlaku masalah pada sistem operasi utamanya. Tempat ini masih misteri dan masih sukar untuk memasuki orang awam.

1. Kawasan 51

Negara Amerika Syarikat terkenal dengan rahsia kerajaannya yang sulit. Termasuk Kawasan51 yang terletak di Nevada. Tujuan utama kawasan ini masih dibincangkan sehingga kini. Khabar angin mengatakan pusat tersebut dicipta untuk membangunkan teknologi rahsia buatan Amerika Syarikat.

 
 Sumber: 101 virus
Facebook Comments