Subhanallah ! Lelaki Berusia 50 Tahun ini Cuma Setinggi 29 inci ! Lihat Bagaimana Dia Hidup…

Jika dilihat dari belakang, Basori Lal mungkin boleh disalah anggap sebagai seorang kanak-kanak disebabkan ketinggiannya yang cuma 29 inci.

Hakikatnya, lelaki yang tinggal di Madhy Pradesh, India itu sudah berusia 50 tahun dan kini merupakan seorang selebriti di kampung tersebut kerana ketinggian istimewa itu.

Basori berkata ketika muda dulu dia selalu dibuli kerana pendek – namun dia kini danggap sebagai seorang ‘hero’ oleh keluarganya yang bangga.

Abang Basori, Gopi Lal, 55, yang mempunyai ketinggian normal tinggal bersama Basori dan menjelaskan kehadiran Basori dalam keluarga adalah satu rahmat.Katanya: “Orang ramai dari pelbagai kampung datang ke rumah kami untuk melawat adik saya. Itu satu rahmat buat kami. Kami rasa bangga apabila melihat orang ramai sayangkan Basori.

Dan Basori sendiri dilihat gembira dengan ketinggian tidak normalnya itu.

Kata Basori: “Saya tak mempunyai masalah dengan ketinggian saya. Saya bekerja, hidup dan tidur sama seperti orang lain. Saya juga makan seperti orang normal.

“Saya tak mengalami sebarang masalah dengan ketinggian ini.”Namun Basori berkata dia pernah dibuli ketika kecil dahulu.

Ketika bayi, Basori normal – sama sahaja seperti bayi-bayi lain. Kependekan luar biasanya mula menampakkan diri pada usia lima tahun dan keluarga mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan Basori.

Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan, Basori langsung tidak diberi rawatan medikal. Disebabkan itu, keluarga langsung tidak tahu punca Basori menjadi pendek sedemikian rupa.Sehubungan dengan pembesaran yang tidak normal, Basori serang kali di buli di kampungnya namun dia bersyukur hari itu sudah lepas.

Kata Basori: “Dulu orang kampung selalu buli saya dengan teruk. Mereka pernah panggil saya alien. Tapi masa itu sudah berlalu. Kini saya menjadi kesayangan di kampung ini.

Basori juga bekerja bersama kakak iparnya, Satia, di kilang berdekatan, dan Sati bertekad untuk menjaga adik ipar kecilnya itu.

“Basori merupakan lelaki dengan pemikiran yang positif. Dia tidak mengeluh kerana pendek. Perkara itu tidak mengganggunya.

“Apa yang dia perlukan adalah kegembiraan dan orang-orang baik di sekelilingnya.” kata Satia.

Bercerita tentang hala tuju hidup, Basori berkata dia mahu menghabiskan masa bersama abangnya dan terus bekerja di kilang tersebut untuk mendapatkan wang lebih bagi keluarga.

“Saya tak mahu berkahwin. Saya mahu bekerja seperti sekarang dan mahu terus hidup dengan abang saya.” kata Basori.

 

Sumber: KartelDakwah

Facebook Comments