Sungai Air Panas dan Mendidih di Amazon, mampu membunuh apa-apa makhluk yang berani mengganggunya

Dalam sebuah hutan tebal di Amazon, tersembunyi pelbagai hidupan yang misteri.

Daripada masyarakat Orang Asli yang kekal mengamalkan budaya mereka, hinggalah kepada haiwan dan tumbuhan yang jarang-jarang ditemui.

Dalam hutan ini juga, terdapat sebatang sungai yang sangat panas dan mendidih hingga 86 darjah celcius.

Seorang pengembara muda National Geographic, Andres Ruzo, memulakan pencarian sungai ini kerana terkenangkan kisah yang diceritakan datuknya ketika kecil.

Beliau mengembara ke dalam hutan di Peru bagi mencari misteri tersebut.

Kebiasaannya, alam semulajadi yang biasa kita dengar ialah kolam air panas tetapi sungai air panas ini merupakan salah satu keajaiban dunia.

Perkara yang menjadi misteri hingga ke hari ini ialah, tiada gunung berapi yang aktif di kawasan berdekatan dengan sungai ini malah gunung berapi yang terdekat adalah sejauh 700 km.

Sungai mendidih ini mempunyai kelebaran sepanjang 25 meter dan enam meter kedalaman. Beliau yang pergi bersama ibu saudaranya turut menjelaskan bahawa, sungai ini dijadikan tempat suci bagi penduduk pribumi di situ.

Jika terdapat binatang-binatang yang cuba masuk ke sungai atau terjatuh kedalamnya pasti akan mati sepantas kilat.

Daripada Utusan Online, beliau menjelaskan tangannya melecur dalam masa beberapa detik apabila mencelup tangannya ke dalam sungai itu.

Anda bayangkan, baru sahaja mencelup tangan sudah melecur inikan pula jika kita terjatuh kedalamnya.

Penduduk pribumi mengaitkan air yang mendidih ini dengan unsur ghaib. Mereka mengatakan bahawa, terdapat dewa yang besar dikenali sebagai Yacumama, telah melahirkan air sejuk dan panas di Amazon.

Bagi membuat kajian dan penulisan sungai ini, beliau telah pun mendapat kebenaran daripada penjaga sungai, iaitu penduduk di kawasan ini.

Namun demikian, Ruzo bimbang dengan aktiviti penebangan pokok yang semakin giat kerana akan mencemarkan keindahan sungai misteri ini.

Selepas menamatkan pengembaraan dan kajian, Ruzo menulis sebuah buku berjudul The Boiling River: Adventure and Discovery in Amazon.

 

Sumber: Era Baru

Facebook Comments