Sambut Hari Jadi Ke-40, Aksi Datuk Siti Nurhaliza ‘Tak Tiup’ Tapi Padam Lilin Guna Jari Undang Perhatian

Sambut Hari Jadi Ke-40, Aksi Datuk Siti Nurhaliza ‘Tak Tiup’ Tapi Padam Lilin Guna Jari Undang Perhatian

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah menyambut hari jadi ke-40 yang mana tentu sahaja ramai yang ingin bersama menyambut bersamanya.

Tidak kurang juga, pihak yang terlibat ketika Datuk Siti sedang latihan muzik pada 9 Januari lalu yang mana difahamkan ia merupakan sambutan awal hari lahir penyanyi nombor satu Malaysia ini.

Meraikan hari jadi Datuk Siti kelihatan sangat meriah dengan para pemuzik, penyanyi latar dan wakil penari bersama-sama.

Namun, yang paling menjadi perhatian apabila rata-rata peminat sangat tertarik dengan cara Datuk Siti memadam lilin pada kek yang diberi kepadanya.

Datuk Siti dilihat hanya menggunakan jari malah tidak meniup lilin tersebut sehingga dia dipuji peminat namun tidak dilupakan juga, ramai yang memberi ucapan sempena hari jadinya pada kali ini.

Bagus kak Siti.. sebab tak tiup..

Sebelum tokti padam guna jari tu, hati ni dah berdebar2 risau..

Happy birthday..

Sumber: Rozi Abdul Razak via HCL

Siti Nurhaliza Sambut Hari Jadi Ke-40

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, hari ini menyambut hari jadi ke-40 dalam suasana serba indah diiringi kasih sayang keluarga, sanak-saudara, teman dan peminat tersayang.

Dilahirkan pada 11 Januari 1979, hari jadi ke-40 penyanyi lagu Jerat Percintaan ini bertambah manis apabila puteri tercinta, Siti Aafiyah hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, turut bersama meraikan detik istimewanya.

Menyifatkan angka 40 tahun sebagai momen kemuncak dalam hidup, Siti bersyukur Allah menganugerahkannya segala yang diimpikan oleh setiap wanita.

Apa yang diimpikan penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini cuma satu, memberi semula kepada masyarakat yang meletakkan dirinya pada kedudukan paling kukuh sepanjang lebih dua dekad mencipta nama.

“Usia bagi saya hanya angka dan sama ada suka atau sebaliknya, apabila sampai masa, kita tidak dapat mengelak daripada proses kematangan.

“Pada usia 40 tahun, saya mahu menjadi lebih matang, selain berdoa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerjaya dan beribadah kepada Yang Maha Esa.

“Saya sangat bersyukur kerana pada usia ini, saya masih bertahan dalam industri muzik yang diceburi sejak usia 16 tahun.

“Fokus utama saya kini adalah untuk lebih mendekatkan diri kepada masyarakat, selain memberi semula dan membantu mereka sedaya mungkin,” katanya kepada BH Online.

Bagi meraikan hari jadi Siti, beberapa stesen radio memberi penghormatan dengan memutarkan lagu dendangannya dalam segmen khas.

Tahun ini, stesen radio, Hot FM menganjurkan konsert digital, Bombastik CTDK, mulai jam 9 malam ini sebagai hadiah istimewa sempena hari kelahirannya.

Konsert itu menyaksikan artis generasi baharu seperti Sarah Suhairi, Kugiran Masdo, Floor 88 dan Neon menyanyikan himpunan lagu popularnya.

Mengulas perkara itu, Siti berkata, dia sangat menghargai usaha dilakukan stesen terbabit, pada masa sama terharu dengan ingatan yang diberikan.

“Saya segan apabila stesen radio dan televisyen menunjukkan penghargaan mereka dengan memutarkan lagu atau berkongsi kisah hidup saya untuk dihayati peminat.

“Apabila difikirkan kembali, siapa saya untuk mendapat pengiktirafan besar itu? Saya hanya penyanyi yang cuma mahu menghiburkan orang ramai.

“Apa yang saya buat selama ini adalah atas dasar cinta terhadap kerja seni, selain mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments