‘Suami Hak Kita, Jangan Bagi Perempuan Lain Pegang Suami Kita’ – Abby Abadi

Apabila sudah sah bernikah antara pasangan suami dan isteri ini bermakna isteri merupakan hak sepenuhnya buat suami dan begitu juga suami menjadi hak si isteri.

MH percaya tiada isteri di dunia ini yang sanggup melihat suaminya disentuh oleh wanita lain.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu posting artis popular, Abby Abadi di Instagram yang berkongsi nasihat buat para isteri di luar sana supaya menjaga suami dan suami adalah hak eksklusif buat isteri.

View this post on Instagram

Suami kita @jaiezzany 🍃 . S U A M I kita Hak exclusif kita Itu mahalnya bila dah sah Segalanya H A L A L 😘 Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita Jangan bagi suami peluk perempuan lain Jangan bagi suami dukung perempuan lain Jangan bagi perempuan lain Pakaikan baju, makeup suami kita Jangan jangan jangan Itu 'mengundang namanya 🙊 . Walaupun sekadar lakonan Atau sewaktu persembahan nyanyian Atau waktu bekerja Dipejabat outstation & sebagainya Syaiton tetap sukaaaaaa Nampak mcm2 takde pape Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat Yg buat ALLAH murka Beringat sentiasa ☺️ . pS: Itu jelah nk bagitau petang2 ni Ada soalan? 🙊😝😅 #Suamikumpulduit #nakjalanlagi #kakikusukaberjalan hehehe

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Suami kita @jaiezzany 🍃

S U A M I kita

Hak exclusif kita

Itu mahalnya bila dah sah

Segalanya H A L A L 😘

Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita

Jangan bagi suami peluk perempuan lain

Jangan bagi suami dukung perempuan lain

Jangan bagi perempuan lain

Pakaikan baju, makeup suami kita

Jangan jangan jangan

Itu ‘mengundang namanya 🙊

 

“Walaupun sekadar lakonan

Atau sewaktu persembahan nyanyian

Atau waktu bekerja

Dipejabat outstation & sebagainya

Syaiton tetap sukaaaaaa

Nampak mcm2 takde pape

Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat

Yg buat ALLAH murka

Beringat sentiasa ☺,” tulis Abby di ruang kapsyen perkongsiannya.

Nampaknya rata-rata pengikut Abby juga turut bersetuju dengan nasihatnya.

miraedora761: Betul tu kak abby walau pun berlakon tetap haram rezekinya.takut sangat makan rezeki haram ni.

farmasifajr_gongbadak👍: bagus nasihat ni.straight to the point.Dakwah telus…

jahit_pukal_qaleecollection: deep sgt kak abby.. ble brdua tp sbenarnya brtiga ” haram syaitan mmg suka .. kn kak abby ..mohon allah jauhkn dri maksiat daripda family & saudara islam kita @abby_abadi112

MH pun setuju dengan Abby, buat para isteri di luar sana jagalah suami korang sebaik-baiknya ok. Ingat pesan Abby tu, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita!

Sumber: Instagram Abby Abadi

Facebook Comments