Hukum Akad Nikah Di Masjid Disisi Empat Mazhab

1. Mazhab Hanafi

Berkata Al-Imam Syaikh Zaadah Al-Hanafi :

وَيُسْتَحَبُّ مُبَاشَرَةُ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ وَكَوْنُهُ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

artinya : “Disunatkan melangsungkan akad nikah di masjid dan keadaannya pada hari Jumaat.” (Kitab Majma’ Al Anhar)

2. Mazhab Maliki

Berkata Al-Imam Al-Hathab Al-Maliki :

وأما العقد في المسجد فعده المصنف وغيره من الجائزات

artinya : “Dan ada pun akad nikah di masjid itu maka pengarang dan selainnya memandangnya termasuk di antara perkara yang harus.” (Kitab Mawahib Al-Jalil)

Berkata Al-Imam Ad Dardir :

( وَعَقْدُ نِكَاحٍ ) أَيْ مُجَرَّدُ إيجَابٍ وَقَبُولٍ مِنْ غَيْرِ ذِكْرِ شُرُوطٍ وَلَا رَفْعِ صَوْتٍ ، أَوْ تَكْثِيرِ كَلَامٍ

BACA:  ‘Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

artinya : (Dibolehkan akad nikah) yaitu hanya ijab dan qabul tanpa menyebutkan berbagai syarat-syarat. Dan tiada bolih membuat bising atau banyak berbicara.” ( Kitab Syarah Al Kabir)

3. Mazhab Syafi’i

Al-Imam Ibnu Solah berkata :

يستحب عقد النكاح في المسجد. وفي المغرب الأقصى لا يزال المسجد هو المكان المفضل إلى اليوم لعقد الزواج وإعلانه بدعوة الناس إليه في المسجد.

artinya : “Disunatkan akad nikah di masjid.”(Majalah Al Jami’ah Al Islamiyah)

Berkata pula Al-Imam Abu Bakar Ad-Dimyathi :

BACA:  Adakah Tidak Menghalalkan Hutang Untuk Beri Pengajaran Kepada Penghutang Itu Anjuran Islam?

ويسن أن يكون العقد في المسجد

artinya : Disunatkan bahawa adalah akad nikah itu di dalam masjid.” (Kitab I’anatuth Thalibin)

4. Mazhab Hambali

Al-Imam Ibnu Taimiyah berkata :

أَنَّ عَقْدَ النِّكَاحِ يُشْبِهُ الْعِبَادَاتِ فِي نَفْسِهِ بَلْ هُوَ مُقَدَّمٌ عَلَى النَّوَافِلِ أَلَا تَرَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ عَقْدُهُ فِي الْمَسَاجِدِ – وَالْبَيْعُ قَدْ نُهِيَ عَنْهُ فِي الْمَسْجِدِ

artinya : “Sesungguhnya disunatkan akad nikah itu pada masjid-masjid. Dan berjual beli itu sungguh telah dilarang daripadanya di dalam masjid.” (Kitab Al-Fatawa Al-Kubra)

Sekian
Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus 

Facebook Comments