Dahsyat! Ikan koi emas di Vietnam ini bernilai lebih daripada RM87,000

Ikan koi atau nama spesifiknya nishikigoi, adalah spesies ikan hiasan yang cantik dan jinak. Ikan koi atau kap merupakan ikan ikonik negara Jepun, namun ikan koi emas gergasi di Vietnam ini merupakan ikan koi yang sangat luar biasa dan cantik.

Pengusaha ikan koi di Saigon ini tidak menyesal melaburkan sejumlah wang untuk membiak ikan koi yang bernilai ribuan ringgit. Ngo Van Thang, yang merupakan pengusaha ikan koi di Saigon memiliki kolam di rumahnya yang digunakan untuk membiak lebih daripada 70 ekor anak ikan Koi.

Untuk membesarkan ikan koi dengan saiz lebih dari 1 meter, Thang terpaksa menghabiskan banyak masa berunding dan belajar dengan pemilik ikan koi di Jepun. Selain itu, Thang juga mengambil bahagian dalam lelongan bertaraf dunia untuk menjual ikan-ikannya.

Salah satunya ialah ikan koi emas miliknya yang sangat jarang ditemui kerana warnanya yang indah dianggarkan bernilai lebih daripada RM87,000. Menurut Thang, spesies ikan koi ini sangat jarang ditemui dan jumlahnya hanya sedikit di dunia.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Facebook Comments