Mohon Share!!! AHLONG SEMAKIN LICIK! AWAS, JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

Taktik Ahlong utk memerangkap mangsanya supaya terus terjerat. Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong! Sebaik sahaja anda meminjam, seumur hidup anda berhutang.

Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ahlong, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan lebih 10,000 kes Ahlong sejak tahun 2007 yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama.

Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

sumber: ppim

Facebook Comments