Baca Al-Quran Empat Jam

“Pernah satu ketika Tuanku tekun mengaji sampai tiga hingga empat jam tanpa menunjukkan tanda jemu dan gelisah.”

Kuantan: “Saya lihat Tuanku (Sultan Abdullah) amat tekun dan tidak berganjak daripada tempat duduknya membaca al-Quran hingga tiga empat jam barulah selesai mengaji,” kata bekas guru al-Quran Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Dr Zulkifle Ali.

Menurutnya, dari situ beliau lihat minat Tuanku yang mendalam terhadap al-Quran dan rajin bertanya mengenai makna ayat tertentu membuatkannya kagum akan keperibadian dipamerkannya.

Itu pengalaman dikongsi Dr Zulkifle yang menceritkan kisah kesungguhan Sultan Abdullah mengaji bersama dengannya pada Ramadan 1997 di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 di sini.

Dr Zulkifle yang ketika itu menjawat jawatan Imam Besar Masjid Negeri berkata, Sultan Abdullah yang ketika itu menjadi Tengku Mahkota Pahang akan mengajak orang lain yang berada di masjid untuk bertadarus bersama dengannya.

“Pernah satu ketika Tuanku tekun mengaji sampai tiga hingga empat jam tanpa menunjukkan tanda jemu dan gelisah.

Dr Zulkifle Ali. FOTO/NSTP

“Waktu itu seingat saya Tuanku mula mengaji pada jam 11 pagi hingga nak masuk waktu Asar baru berhenti…kadang-kala Tuanku akan tanya terjemahan ayat al-Quran dan saya akan terangkan,” katanya.

Dr Zulkifle yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) turut berkongsi pengalaman bersama Sultan Abdullah di luar negara yang mana Tuanku amat menitikberatkan soal solat.

Sumber: hmetro

Facebook Comments