Wanita ini mengambil kucing pekak yang ditinggalkan sebagai haiwan peliharaan, tidak disangka akhirnya ia menjadi penyelamatnya

Apabila Molly Lichtenwalner melihat Otitis buat kali pertama, dia tahu mereka ditakdirkan untuk hidup bersama.

Molly ialah seorang pelajar lepasan ijazah yang menghidap gangguan keresahan manakala Otitis pula ialah seekor kucing putih tidak bertelinga.

Pemilik Otitis menyerahkannya setelah ia menjadi pekak disebabkan sista yang ada pada telinganya dan organ pendengarannya terpaksa dibuang. Ia tidak mungkin akan dipertemukan dengan pemilik baru sebaik Molly.

Molly pernah memelihara seekor anak anjing yang pekak dan mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjaga haiwan yang memerlukan jagaan khas. Dia mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Otitis.

“Saya menghidap gangguan keresahan akibat daripada satu kemalangan. Saya memutuskan bahawa tiba masanya untuk saya memelihara haiwan untuk membantu pemulihan saya, kerana tiada apa yang lebih membantu bagi saya daripada memeluk haiwan peliharaan saya,” jelas Molly kepada Love Meow.

Otitis nampaknya memberikan sokongan emosi terbaik yang Molly harapkan. Kucing itu berasa terhutang budi setelah diselamatkan, dia ingin memeluk Molly setiap masa!

“Kadang-kala hanya Otitis yang boleh menenangkan saya, memeliharanya merupakan perkara terbaik yang pernah saya lakukan. Tentu sekali dia yang menyelamatkan saya, bukan saya yang menyelamatkannya,” tambah Molly.

“Hidup dengannya umpama sebuah mimpi yang menjadi kenyataan! Dia sangat penyayang dan dia membuatkan diri saya sangat dihargai,” kata Molly kepada Bored Panda.

Otitis ditinggalkan pemiliknya yang dahulu setelah ia kehilangan telinganya akibat dijangkiti sista

Kucing berusia 9 tahun ini hilang pendengaran dan ditinggalkan di rumah perlindungan

Molly Lichtenwalner, pesakit gangguan keresahan, jatuh hati dengan kucing terbiar ini

Dia memeliharanya dan kini mereka tidak dapat dipisahkan. Otitis membantu Molly menangani tekanan dan serangan panik

“Saya memutuskan bahawa sekiranya saya sudah bersedia untuk memelihara haiwan, saya akan memilih haiwan yang memerlukan jagaan khas”

Otitis kelihatan sangat berterima kasih kerana diselamatkan, ia memberikan pelukan kepada Molly setiap masa

“Kadang-kala hanya Otitis yang dapat menenangkan saya”

Kucing ini mempunyai sifat ingin tahu yang kuat dan ingin mengetahui apa yang dilakukan Molly setiap masa

Molly berkata Otitis merupakan “haiwan yang memberikan sokongan emosi kepadanya” yang sentiasa berada di sisinya

“Memeliharanya merupakan perkara terbaik yang pernah saya lakukan. Tentunya Otitislah yang menyelamatkan saya, bukan saya yang menyelamatkannya”

 

Sumber: erabaru

Facebook Comments