Ketahui 7 Perkara Mengenai Imam Mahdi

LANJUTAN daripada siri pertama mjnggu lepas, persoalan tentang pada zaman manakah kita berada sekarang? Maka terbukti kita berada pada zaman keempat.

Tapi bilakah berakhirnya zaman keempat ini masih menjadi persoalan kerana ketika ini tanda-tandanya sudah berlaku dan bilakah bermula zaman kelima yang kita tunggu yang mana dunia akan kembali dipimpin oleh Islam dan keadilan akan disebarkan ke atas umat manusia?

Umat manusia ketika ini sudah tidak tahan lagi dengan kezaliman seperti pembvnuhan jutaan manusia merata-rata tanpa belas kasihan, per0golan, pencul1kan, pen1ndasan dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a beliau berkata nabi Muhammad SAW bersabda: “Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku” (riwayat Tirmidzi).

Ramai keliru yang mungkin beranggapan individu berkenaan bernama Mahdi tetapi bukan.

Beliau bernama Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhum yang disebut Imam al-Mahdi.

Sebaliknya ia digambarkan dalam al-Quran mengenai keadaan fizikalnya malah individu itu sendiri pun tidak mengetahui dia sebenarnya Imam al-Mahdi yang dipilih Allah untuk membantu umat Islam akhir zaman.

Sebelum itu bagaimana rupa sosok tubuh Imam al-Mahdi sebagaimana disebutkan dalam hadis nabi SAW? Ciri-ciri al-Mahdi adalah seperti berikut:

1.  Al-Mahdi dilahirkan di Madinah [pendapat yang paling tepat dan sahih yang diriwayatkan dari Abu Nu’aim dari Hammad dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu anhum]

2. Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. 

Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kez4liman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.[Riwayat Abu Dawud (4285)]

1. Beliau merupakan seorang anak Adam.

2. Kedua-dua matanya bercelak.

3. Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.

4. Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.

5. Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuh badannya seperti tubuh orang Israel.

6. Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.

7. Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi S.A.W.

Maka kita akan meneliti tanda-tanda kedatangan zaman kelima dengan kemunculan Imam al-Mahdi berdasarkan banyak hadis nabi SAW menerangkan tentang tanda-tanda kemunculan Imam al-Mahdi. Di antaranya adalah seperti berikut:

Pertama: Bermaharajalelanya dan tersebar luasnya kez4liman di seluruh pelusuk dunia bahkan semakin meningkatnya sebagaimana sabda nabi SAW “ tiada satu hari pun kecuali hari sesudahnya itu lebih buruk daripadanya”. 

Fenomena ini dipanggil F1tnah Duhaima’. Anda saksikanlah di merata dunia sekarang berlakunya peper4ngan demi peper4ngan dan pembvnuhan seperti di Palestin oleh Israel dan di Syria oleh kumpulan yang didokong oleh kuasa-kuasa besar.

Kedua: Sungai Eufrat (Euphrates river) di Iraq akan kering dan akan muncul “gunung-gunung emas” (“jabalin min zahabin”) yang mana manusia akan berebut-rebutkan emas tersebut. 

Sebahagian ulamak mengatakan hadis ini mengisyaratkan banyaknya perbendaharaan yang akan muncul di Iraq. Hari ini kita dapati bahawa Sungai Eufrat telah lama kering dan kuasa-kuasa besar telah lama melancarkan peperangan dan menceroboh negara Iraq demi berebutkan perbendaharaan di sana.

Ketiga: Banyaknya berlaku gemp4 bumi di merata tempat di dunia seperti paling dekat dengan kita di Indonesia seperti di Acheh pada 2004 [yang telah membvnuh lebih 250,000 orang] dan di Palu [lebih kurang 152,000 orang tertimbus, 66,000 buah rumah mvsnah, 600 buah sekolah r0sak].

Malaysia juga telah termasuk dalam Jaluran Lingkaran Api Pasifik.

Sabda nabi SAW: “…maka sungguh dekat saat terjadinya gemp4, kekacauan, dan berbagai perkara besar. Hari K1amat pada waktu itu lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini daripada kepalamu” (riwayat Abu Daud).

Keempat: terjadinya gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadan dan gerhana matahari pada pertengahan bulan, yang mana peristiwa yang seumpama ini telah berlaku sebanyak 4 kali pada tahun 1959, 1960, 1981 dan 1982 

Kelima: kemudian pada musim haji pada tahun itu akan berlaku huru-hara sehingga terjadi bvnuh-membvnuh di kawasan Mina dan d4rah pun akan mengalir di sekitar Jamrah al-Aqabah dan juga akan berlaku juga r4mpasan harta orang yang sedang melaksanakan ibadah haji.

Keenam: Bumi akan dihent4m oleh meteor yang jatuh dari langit. Ketika ini pun telah banyak peristiwa bumi dihentam oleh meteor. 

Tanda-tanda yang berlaku ketika ini adalah amaran bahawa k1amat itu semakin hampir dan kita seharusnya bersedia untuk menempuhnya dengan perbanyakkan amalan.

Untuk pencerahan ini insya Allah kita akan kupaskan secara khusus dalam siri yang akan datang insyaAllah.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfo

 

 

Sumber : mStar

Facebook Comments