[VIDEO] Aryana Kena Sound Dengan Sofea Kat Konti Hot FM

Cinta Bukan Kristal ialah sebuah drama di slot akasia tv3 yang sedang hangat disiarkan di kaca televisyen.

Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.

Baru-baru ini tular satu video yang dikatakan Sofea telah memberi amaran kepada Aryana kerana telah mengganggu rumah tangganya. Perkara ini berlaku di konti Hot Fm setelah mereka berdua dijemput sebagai tetamu undangan. Lihat bagaimana reaksi Ayda Jebat apabila tiba-tiba kena ‘sound’ sari belakang. Jom ikuti telatah mereka menerusi video di bawah.

VIDEO :

Netizen terhibur melihat aksi Ayda Jebat yang terkejut apabila Nina sound dari belakang.

Cuak muka Aryana bia Sofea muncul

Muka aryana terkejut tiba2 sofea muncul dr blkang

Hahaha lawak ayda jebat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber

Facebook Comments