Zizie Ezette hamil lagi

KUALA LUMPUR 30 Ogos- Selepas sembilan bulan melahirkan bayi kembarnya pelakon Zizie Ezette kembali berbadan dua.

Merupakan kehamilan kali kedua,  Zizie menerusi tanda pagar yang tertera menjelaskan kandungannya itu sudah masuk tiga bulan

Perkhabaran gembira yang dikongsi menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi turut menerima ucapan tahniah dari beberapa selebriti antaranya Fizo Omar.

Zizie, 39, sebelum ini selamat melahirkan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember tahun lalu menerusi pembedahan.

Berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia tiga tahun dan Aaric Zayn Izette, setahun. –  UTUSAN ONLINE

Facebook Comments