Allah genggam doaku selama Dua Puluh tahun untuk perkara yang tak dijangkakan ini, Semoga Cerita Ini Menjadi Iktibar

Allah genggam doaku selama Dua Puluh tahun untuk perkara yang tak dijangkakan ini, Semoga Cerita Ini Menjadi Iktibar

20 tahun doaku digenggam. Assalamualaikum semua. Lama saya berfikir untuk berkongsi kisah saya di sini dan hari ini tergerak hati untuk menaip. Saya bukan ingin meminta pendapat atau pandangan warga KRT tetapi apa yang akan saya kongsikan di sini mungkin boleh dijadikan sebagai kekuatan kepada wanita2 yang bergelar isteri.

Saya wanita yang bekerjaya dan sudah 20 tahun mendirikan rumahtangga. Dikurniakan 2 putera yang sulung melanjutkan pelajaran ke ipta dan yang nombor 2 di tingkatan 2. Saya mendirikan rumah tangga seawal usia 21 tahun dan dikurniakn cahaya mata pada usia 23 tahun. Kisah derita saya sebagai seorang isteri dari seawal seminggu selepas berumahtangga. Suami saya membuat pinjaman peribadi untuk kami berkahwin tanpa pengetahuan saya.

Akhirnya gajinya hanya tinggal 200 sebulan selepas tolak ke semua hutangnya. Saya terpaksa menanggung segala keperluan termasuk sewa rumah. Untuk menambah pendapatan, saya buat partime after office hours di supermarket. Selapas 2 tahun saya mengandung dan ketika kandungan 5 bulan saya diuji lagi. Suami pecah amanah dan dibuang kerja. Dari situ hidup saya penuh dengan air mata. Semua kerja yang dia buat tidak pernah kekal.

Dia jadi baran dan tidak boleh ditegur. Berlarutan hinggalah saya bersalin dan anak pun semakin hari semakin mmbesar. Dia tidak pernah tanggung perbelanjaan anak walaupun 1 tin susu. Kerja asyik bertukar. Dan akhirnya dia kata tidak boleh kerja di bawah tangan orang dan ingin kerja sendiri. Saya belikan teksi untuknya. Saya buat loan company tempat saya kerja.

Dalam saya dihujani dugaan Allah sentiasa memberi nikmat dan rahmatnya kepada saya dan anak. Bos saya terlalu sayangkan saya dan tidak susah untuk saya meminta pertolongan darinya. RM11k untuk membeli teksi tidak susah untuk dia issue cheque dan menghulur kepada saya. Saya berjanji kepada bos saya setiap bulan akan bayar balik secara ansuran sebanyak RM500/month. Malang lagi nasib saya suami hanya bayar untuk 1st month sahaja, selebihnya dia buat diam. Setiap hari dia keluar dengan alasan untuk bekerja dan kadang2 balik dan kadang tidak tetapi tidak pernah ada duit. Hidup kami anak beranak 100% saya yang tanggung. Saya sentiasa berendam air mata, makan hati. Hinggalah 1 hari dia kantoi. Saya sakit di rumah dan dia tersalah hantar masej.

Hendak hantar ke perempuan lain tetapi terhantar ke saya. Inilah kuasa bila kita bersujud dan memohon kepada yang Esa. Merintih dan mengadu, tidak perlu hendak curi buka handphone dia Allah sudah tunjuk. Kami bergaduh dalam masej dan dia tidak balik ke rumah. Akhirnya saya lari dan sembunyikan diri. Dan bila dia datang mencari saya. Saya meminta nombor phone perempuan itu dari nya. Saya bercakap baik2 dengan perempuan itu dan kes selesai.

Tetapi dalam diam saya sempat ambil nombor perempuan itu dan simpan. Saya contact perempuan itu tanpa pengetahuan suami saya dan akhirnya kami berjumpa. Saya tidak marah bila berhadapan dengan dia. Saya cuba bersikap professional. Kami berbincang sambil minum.

Dia bahasa kan diri dia kakak sebab saya lebih muda darinya. Dia pandang saya atas bawah dan berkata, “Suami adik hanya ingin mempermainkan kakak sebab kakak tengok adik ada segalanya. Kerjaya, rupa dan kakak tiada apa2. Tidak mungkin dia sayang pada kakak, mungkin hnya untuk enjoy”.

Saya bertanya kepadanya dan minta dia berterus terang jika sayangkan suami saya. Saya rela lepaskan dan saya bukannnya jenis hendak berebut atau menjadi penghalang. Bagi saya tidak guna dihalang jika sama2 suka antara satu sama lain. Perempuan itu memang nampak sosial. Rambut merah dan kuku pun merah. Sebelum kami beredar dia sempat memohon maaf. Selesai bab skandal. Tetapi dugaan dan ujian tetap datang lagi. Suami saya kaki judi, pinjam along sana sini. Patutlah duit tidak pernah ada.

Rupanya habis kerana judi. Duit saya selalu hilang. Barang kemas saya juga banyak yang diambilnya. Hati saya luluh sangat, sudah hancur berkecai. Semua perbuatan buruknya dapat saya hidu bukan dari sesiapa. Tetapi saya memang bersikap yang suka mencari atau mengorek segala yang musykil dengan usaha saya sendiri. Saya sendiri yang menyiasat dan memberanikan diri untuk mendapat maklumat.

Berhadapan dengan gangster pun saya hadap semata ingin mengumpul bukti. Dan bila bukti semua dalam genggaman, dia sudah tidak boleh hendak mengelak. Selama jadi isteri dia, saya dan anak2 seperti tidak wujud. Kami diabaikan. Hutang semua saya yang tanggung dan membesarkan anak2. Bila sampai ke satu tahap saya sudah rasa tawar hati dengaj perangainya.

Bila ajak berbincang tidak pernah dipeduli. Bila ajak ke pejabat agama untuk kaunseling dia tidak pernah datang. Akhirnya cara untuk merawat hati yang luka saya mula mencari guru2 yang murshid. Saya mendalami agama dalam fekah dan tauhid. Masa saya banyak menadah kitab. Dan kepada guru2 saya juga tempat saya mengadu. Saya dididik dan diberi ilmu hingga saya mencapai tahap YAKIN. Yakin dengan segala ketentuan yang Allah tulis untuk hambaNya.

Saya banyak beramal dan akhirnya suami saya mendapat kifarahnya. Dia jatuh sakit hingga nazak. Tetapi saya tidak pernah meninggalkannya. Saya jaga dia dan berusaha mencari penawar untuknya. Di hospital doktor tidak dapat hendak kesan apa penyakitnya. Doktor kerajaan hinggalah swasta. Semuanya tidak tahu apa penyakit suami saya.

Akhirnya berubat tradisional. Berpuluh bomoh dan perawat dari rawatan islam cuba merawatnya dan perawat yang ke 30 barulah Allah izinkan. Selepas diberi kesihatan yang baik berubahlah dia. Namun panas tidak juga bertahan hingga ke petang. 20 tahun doaku digenggampart 2. Diharapkan panas mungkin sampai ke petang selepas dia menerima khifarahnya, rupanya saya silap. Dia tetap ego dan sombong.

Perangainya langsung tidak boleh ditegur. Setiap masa saya tetap hidup berendam dengan air mata dan Allah tempat saya mengadu. Dan sekali lagi Allah mengirimkan khifarahnya. Sekali lagi dia sakit. kali ini lebih teruk dari yang sebelum. 6 bulan dia tidak kerja. Tetap saya dan anak2 tetap setia dengannya. Saya jaga dia dan saya rawat dia.

Selepas 6 bulan Allah memberi shifa ( Kesembuhan) kepadanya. Tetap bila sembuh dia tetap ego. Allahuakbar. Sekali lagi saya dan anak2 dimaki dan dihalau. Dan kali ni kesabaran tidak lagi berpihak kepada saya. Saya naik hantu dan akhirnya kami bercerai. Semasa kami bercerai dia dan keluarganya happy. Untuk menutup segala keaiban dan kesilapan mereka saya menjadi mangsa fitnah.

Saya diceraikan kerana tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Saya tidak memasak, tidak membuat kerja rumah dan saya ada lelaki lain. Allahuakbar. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Hambamu redha dengan apa yang telah kau takdirkan untukku dan anak2. Selama ini sebelum ke tempt kerja. Hambamu persiapkan dulu hidangan untuk anak2 balik dari sekolah tetap dikatakan tidak memasak.

Selama ini sebelum melangkah ke tempat kerja, mengemas rumah terlebih dahulu dikatakan rumah dibiarkan tunggang langgang. Selama ini hambamu berusaha membuat perniagaan kecill kecilan dalam on9 untuk menambah pendapatan dikatakan ada lelaki lain. Ya Allah aku redha dan hanya mu Ya Allah yang nampak kebenarannya dan akhirnya kami membawa haluan masing2. Saya cepat move on sebab saya ada kerjaya dan sudah biasa hidup berdikari.

Anak2 pulak sentiasa menjadi bff saya. Saya bersyukur air mata saya sudah berhenti. Saya tidak perlu lagi mengadap 1001 masalah dalam rumahtangga. Tetapi Allah itu maha berkuasa. Doa2 orang teraniaya tiada hijabnya. Ex saya langsung tidak boleh mahu move on walaupun ditimbunkan harta kepadanya.

Orang tuanya golongan yang berada, wang ringgit tidak menjadi masalah. Tetap mereka lupa anak lelaki mereka tidak boleh hidup tanpa isteri dan anka2 disisi. Setiap hari ex datang ke pejabat memohon ampun dan maaf dan meminta saya menerimanya semula. Orang tuanya tahu ex saya selalu datang buat kacau. Saya difitnah lagi, saya dikatakan membomohkan anak mereka. Ya Allah beratnya tuduhan ni. Pelbagai cara yang mereka lakukan temasuklah memaksa ex saya kawin lagi dengan pilihan mereka.

Ex saya tidak menghiraukan wang ringgit yang dijanjikan oleh ke 2 orang tuanya. Dia terus melutut dan memohon ampun dari saya dan anak2. Dia kata dah rasa mahu terjun bangunan. Dalam hati saya berkata ‘lantaklah kau mahu terjun ke gantung diri ke, ada aku kesah?’. Dan akhirnya saya memohon petunjuk dari Allah selepas banyak kali ex datang mengganggu.

Saya bersujud dan esakan memohon, ‘Ya Allah berikanlah petunjuk kepada hambamu ini adakah benar dia sudah berubah dan jika benar dia adalah jodohku untuk kali ke 2 yang kau tetapkan kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya kembali’. Selepas 2 bulan lebih dia merayu akhirnya kami rujuk semula. Kini sudah 2 tahun kami hidup bersama dan alhamdulillah kami bahagia. Banyak perubahan dalam dirinya.

Dengan anak2 dia sudah mula menunjukkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Untuk diri saya nafkah dan keperluan tidak lagi diabaikannya. Tutur kata yang keluar dari mulutnya juga indah bahasanya. Selepas 20 tahun satu persatu doa saya Allah lepaskan. Allah genggam doa saya selama 20 tahun.😭😭😭😭😭

sumber: kisahrumahtangga

Facebook Comments