”Kami Jamah Nasi Lemak Mak Sambil Menangis,” – masakan terakhir mak , kami jamu dalam linangan air mata

”Kami Jamah Nasi Lemak Mak Sambil Menangis,” – masakan terakhir mak , kami jamu dalam linangan air mata..

Suapan pertama tu.. ya allah.. aku rasa lain sangat masakan tu.. aku makan sambil menangis.😭😭

Kehilangan orang tersayang terutamanya ibu bapa atau pasangan hidup pastinya mendatangkan kesedihan mendalam dalam hati setiap individu. Apatah lagi jika diduga dengan kehilangan insan-insan ini secara sekelip mata di saat kita masih belum bersedia.

Luahan sayu oleh Abdul Rahman terhadap arwh ibunya yang tular di laman sos1al ini ternyata menyentuh emosi ramai. Pemergian ibu tersayang secara tiba-tiba hanya kerana pengsan amat perit untuk diterima. Lebih meruntun hati, ibunya sempat memasakkan juadah terakhir nasi lemak buat anak-anak.

Gambar kbur sekadar hiasan

Siapa sangka, anak-anak yang pulang ke kampung halaman dari kejauhan untuk melihat jasad ibu buat kali terakhir, masih boleh menjamah air tangannya. Si ibu seakan mengerti, masakan terakhirnya ini disiapkan untuk dijamah anak-anak yang ‘pulang’ nanti.

Betapa besar kasih ibu ayah, tak terbalas oleh anak-anak hingga ke akhir hayat. Berbaktilah kepada mereka selagi jasad dikandung badan. Buat allahyarham ibunya, Sariah Binti Fatah, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin!

Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptanya..

Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.. dalam pkul 11 dapat panggilan yang mak dah tak der.. so aku pon balik lah ke bp dari kl.. smpai bp dalam pkol 1 lebih gitu lah.. time tu jnazah kat hospital bp.. untuk di mandi dan di kapan kan..

Petang dalam pukul 3 jnazah mak di bawak ke rumah untuk di lihat buat kali terakhir.. time bukak ikatan kain kafan aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku.. aku tak dapat nak tahan air mata yang tersangat lah sedih…

Lepas tu sembayang kan kat surau dan di kebumi kan.. setel semua sebelum maghrib macam tulah.. kat rumah mak rasa lapar pulak.. bukak tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.. aku tahu ni masakan terakhir mak.. aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik..


Gambar : FB Shota Shimizu

Suapan pertama tu.. ya allah.. aku rasa lain sangat masakan tu.. aku makan sambil menangis.. tapi aku abis kan jugak nasi lemak tu.. sebab tu masakan terakhir mak.. dan aku tak kan dapat rasanya lagi.. setahun sudah berlalu.. kenangan bersama mak hidup dalam ingatan..

Mak jujur aku rindu, mak halalkan makan minum aku.. mak ampun kan dosa aku kat mak.. mak terima kasih besar kan aku.. mak terima kasih lahir kan aku..

Antara komen netizen :

Mohd Rohaizam Ardi-Kejadian sama dgn arwh mak dlu,siap dia tanya nak makan ape tgh hari ni dan terus pg pasar tuk beli bahan masak yg aku req nak makan,siap masak dia tejatuh kt bilik air akibat str0k dan esoknya dia menghembuskan nafas yg terakhir,semua jadi pantas sekelip mata ,hari ni kau elok besembang dgn dia esok dia dh xde buat selama2nya,hargailah setiap masa yg ada

Muhammad Al Hakim Sayed Nasir-Nabi sebut perkataan ibu pada kita 3 kali.

Tapi nabi ada kata., pabila mtinya anak adam.maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara iaitu:

Sedekah jariah.
Ilmu manfaat.

Anak soleh selalu doakan untuk dia.
Maknanya doa anak soleh tak akan putus sampai kiamat. Yang ada mak tu , tolonglah jenguk . tak kaya tak pa. Janji jadi imam solat pun pahala.

Safiza Md Noor –Bila mak dah tak ada masa tu baru kita tahu betapa sepi dan sunyi nya hidup kita.. Tiada lagi leteran dari mak. Rindu pulak nak dengaq mak berletiaq… Saya dah tak ada mak.. Rindu sgt2.. Pada yg ada mak saya nak pesan hargai la dia.. Jgn la dibeban kan mak kita dgn menjaga anak2 kita pula… Bahagiakan hidup dia… Jika berkemampuan berikan duit atau barang2 pada dia.. Walaupun dia tak minta… Bk kampung selalu jumpa dan peluk nak dan jgn malu ucapkan saya sgt2 sayangkan mak… Saya dah sgt menyesal sebab saya rasa segan utk berkata saya sayang mak… Tapi saya yakin yg arwah tau yg saya sgt2 sayang kan dia dunia akhirat… Al Fatihah utk mak

Noraini Dullah –Rasa kehilangan yang amat perit.. saya sempat juga minum air kopi terakhir dari arwh Mak. Sambil minum sambil mengalir air mata..rindu Mak. Al Fatihah

Sumber : Shota Shimizu via SK

Facebook Comments