4 Cara Miliki Kaki Cantik Persis Ratu

Kaki Cantik.Mahu memiliki kaki cantik persis supermodel terkenal?Boleh juga, kan!

Bagi sesetengah wanita, betis yang besar dianggap masalah yang boleh menghilangkan keyakinan diri mereka.

Pola makanan dan diet yang tidak sihat juga boleh membuatkan betis menjadi besar.  Betis yang membesar adalah akibat sisa lemak tubuh yang tidak diolah menjadi energi. Semakin teruk anda mengamalkan diet yang tidak sihat, semakin banyaklah tubuh menimbun lemak, yang mana akhirnya kamu gagal untuk memiliki kaki cantik!

Anda tidak punya masa untuk bersenam di luar? Jangan khuatir, anda boleh melakukan senaman ringan untuk mendapatkan kaki cantik ini di rumah.

Gerakan 1

Untuk p4ha di bahagian dalam

Duduk di kerusi dengan posisi lutut membengkok 90 darjah. Kemudian kepit kuat  bantal yang diletakkan di antara kedua belah p4ha. Tahan gerakan ini sekurang-kurangnya seminit.

Gerakan 2

Untuk p4ha di bahagian luar dan pinggvl.

Letakkan tangan di bahagian luar lutut, kemudian tekan dan tolak dengan kuat kedua belah lutut anda ke arah ke dalam. Namun dalam masa yang sama cuba ‘lawan’ tekanan itu dengan cara menggerakkan lutut ke arah luar. Pastikan lengan anda tetap berada dalam keadaan lupus dan badan sentiasa tegak. Tahan gerakan ini selama satu minit.

Gerakan 3

Untuk p4ha bahagian hadapan.

Letakkan  kedua belah tangan di sisi kamu.Kemudian angkat dan luruskan kaki kanan ke hadapan.Tahan posisi ini selama 30 saat, kemudian turunkan kaki semula.Selepas itu ulang semula gerakan ini untuk kaki bahagian kiri pula.

Gerakan 4

Untuk p4ha bahagian belakang dan punggvng.Duduk di hujung kerusi kemudian letakkan tangan di hujung kerusi dan selari dengan badan anda. Selepas itu  angkat pinggvl sambil kaki dan tangan kuat bertahan untuk menampung berat badan anda. Teruskan pergerakan ini selama 20-60 saat.

Selamat mencuba.

 

Kredit: wom

Facebook Comments