Beginilah Cara Masak Pulut Yang Betul Agar Bila Makan Tidak Kena Angin Dalam Badan, Perkongsian Dari Puan Ainini Zainal

Kalau nak tahu cara masak pulut yang betul, semak perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal ini.

Berikut adalah perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal.

Ada orang memang terus sakit perut, sakit urat satu badan, sakit kepala (angin naik ke kepala) bila makan pulut, kan?

Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’. Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan dan jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, kurangkannya sedikit.

Cara Masak Sebelum Makan Pulut

1. ‘Wajib’ rendam semalaman. Untuk membuang phyctic acid di dalamnya. Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa. Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.

2. Masak bersama hirisan halia. Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan. Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.

3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut. Hasilnya, ‘bloating’. Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.

Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?

BUAH.

Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa?

Sekali dua mungkin ok.

Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).

Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu? Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.

Selamat makan pulut!

Sumber : Petua Ibu

Baca Juga : ‘Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.’ – Doktor Ini Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

SUMBER VITAMIN C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

BROMELAIN

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

MANGANESE

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

THIAMIN (VITAMIN B1)

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link ni kalau nak join t.me/neuroversiti

#DrOtak
#Neuroparenting
#cocoOCOC

Sumber : Dr. Rizal Abu Bakar

Facebook Comments