Seekor tupai comel cuba untuk ‘mengajar’ tuannya cara memandu dengan betul

Nampaknya terdapat seekor tupai yang diberi nama Phineas Bean tidak berpuas hati dengan cara pemanduan tuannya atau mungkin ia hanya mahu menunjukkan kemahirannya memandu.

Seekor tupai comel cuba untuk ‘mengajar’ tuannya cara memandu dengan betul

Video menunjukkan seekor tupai berada di atas pangkuan tuannya yang sedang memandu. Phineas Bean nampaknya tertarik dengan stereng kereta tuannya.

Ia cuba merampas stereng daripada tuannya untuk ‘mengajar’ tuannya cara memandu yang betul.

Namun, percubaannya itu tidak berjaya setelah ditolak oleh tangan tuannya.

Kali ini ia berjaya, tuannya membiarkannya memegang stereng dengan bebas.

“Jangan kacau saya!” Ia menolak tangan tuannya supaya tidak mengganggunya ‘memandu’.

Ia kelihatan sangat teruja dapat memandu dengan bebas tanpa kawalan daripada tuannya.

Tuannya terpaksa mengambil alih stereng untuk memasuki simpang. Tetapi nampaknya ia masih tidak berpuas hati, ia masih berusaha untuk mengawal stereng tersebut.

Akhirnya, ia berputus asa dan berlari ke bahagian belakang kereta. Ia mungkin ‘merajuk’ kerana tidak diberi peluang untuk ‘memandu’ dengan lebih lama.

Video:

Sumber: erabaru 

Facebook Comments