PENAT LELAH SEORANG ISTERI TAKKAN PERNAH SAMA DENGAN SUAMI

Jangan bandingkan apa yang suami buat dengan apa yang isteri buat. Apa yang suami buat takkan pernah sama dengan apa yang isteri anda buat dan lalui. ketika suami enak makan tahukah tuan berapa kali isteri muntah2 semasa mengandung, berapa kali isteri bangun tidur, betulkan kedudukan anak,tukar lampinnya.

beri dia susu & baru tidur? Tahukah suami betapa banyak perit yang isteri tuan lalui ketika mengandung, berdepan saat melahirkan anak & menyusukannya? Bayangkan… bila tangan tuan luka sedikit pun tuan terasa sakitnya.. apatah lagi yang bertarung nyawa melahirkan anak?.. Jadi, janganlah bandingkan apa yang tuan buat dengan apa yang isteri buat… kerana ia takkan pernah sama… ”

Ada suami ni jenis suka banyak komen dan komplan. Katanya dialah yang buat semua kerja.. dialah yang paling bz.. dia lah yang buat itu & ini.. siang malam cari rezeki, Sehingga bila isteri minta tolong tidurkan anak pun dia ungkit.. katanya “saya dah mandikan anak, pakaikan dia baju.. dah byk sy buat”.Sedangkan benda yang suami tu buat hanya sedikit dari berkali-kali yang isterinya buat. Walaupun buat hanya sekali namun diungkitnya mcm beratus kali buat. Isterinya diam, cakap pun tak guna…alasan penat cari rezeki keluarga, sebab sehingga bila bila pun dia tetap akan kata dialah yang paling banyak buat kerja. Sedangkan suaminya hanya berkepit dengan telefon berjam di tangan sambil baring. Isterinya..

kejap kejap bangun uruskan makan minum anak2 dan keluarga… kejap kejap layan anak sebab anak anak lebih suka bercakap dengan ibu dari ayahnya yang kerap melayan handphone! Walaupun isterinya buat semua… tapi dia tetap kata dialah yang cari nafkah & dialah yang banyak kerja…! Isteri di rumah yang buat kerja sampingan untuk sama sama bantu suami ni tak nampak! ayuhhh para2 suami… jantan perkasa… suami patut lebih pandai beri contoh dan tauladan terbaik buat isteri. Bukannya mengarah itu & ini guna hukum Islam tapi bila sentuh bab sama sama jaga semuanya ditolak ke tepi. Maka si isteri ini terlalu makan hati berhari2.. sehingga apa yang dia buat pun seperti terpaksa & rela hati & si suami… terus bela diri.. katanya dialah yang selalu makan hati… Macam mana rezeki nak masuk kalau hati isteri sendiri pun ditolak ke tepi?? Tak terasa berdosakah buat orang yang tinggalkan hidup single & family demi suami? Lebih 80% isteri makan hati dengan suami… & merekalah antara suami yang hatinya sering tak tenteram & bila buat apa saja terasa tak cukup sempurna. Ustaz selalu pesan… jagalah hati ibu & isteri kita.. bahagiakan mereka… dengan itu banyak rezeki yg tak disangka sangka mudah menghampiri kita.

 

…………………….

Facebook Comments