Cara Mudah Membuat Playdoh DIY – Murah, Lembut dan Selamat

Setiap kali masuk pasaraya, anak-anak pasti tertarik dengan botol tanah liat yang berwarna kuning tu. Masalahnya, dekat rumah dah banyak, tapi nanti lama-lama habis jadi keras.

Korang ada masalah atau ada anak-anak yang suka main playdough? Lepas ni korang boleh senyum je bila dah boleh DIY Playdough di rumah. Selain jauh lebih murah, dah tentunya kandungannya selamat dan mudah untuk dibuat.

Kalau korang ada masa, cubalah buat playdough homemade ni. Kandungan utamanya hanyalah tepung. Jadikanlah ini sebagai projek dengan anak-anak. Bancuh, dan pilih-lah warna apa yang anak-anak atau korang sendiri mahukan.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Playdoh :-

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1/2 Cawan Garam
  • 2 Sudu Besar Cream Of Tartar – ada dikedai buat kek / bakeri
  • 1.5 Cawan Air Panas Mendidih – ini tambah sedikit-demi sedikit untuk dapat tekstur yang korang suka
  • Pewarna Makanan – ikut warna yang korang berkenan
  • Gliserin – tambah beberapa titik kalau nak playdoh tu berkilat

Cara-Cara :

  1. Campurkan tepung, cream of tartar dan minyak kedalam mangkuk besar.
  2. Sediakan air mendidih dan campurkan garam, Boleh tambah pewarna masa ni jugak, kacau semua hingga larut dan sebati.
  3. Tuangkan campuran no.2 ke dalam mangkuk adunan tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan
  4. Kacau adunan sehingga sebati dan jadi melekit, gliserin juga boleh ditambah waktu ni
  5. Biarkan sejuk sekejap. Uli dan tumbuk sampai hilang lekitan.
  6. Kalau doh masih melekit lepas korang dah penat menguli, boleh tambah tepung sedikit demi sedikt.
  7. Simpan playdoh dalam bekas kedap udara, atau korang boleh cuba ziplock bag.

Video:

Selamat mencuba!

Sumber:Rileksla

Facebook Comments