Putih Telur Dan Kentang Untuk Rawat Kecederaan Akibat Melecur

Tahukah anda, sebenarnya putih telur dapat meredakan kecederaan anggota badan yang melecur. Caranya ialah anda perlu mengasingkan putih telur dan sapu pada bahagian anggota tubuh badan yang melecur. Biarkan selama sejam atau sehingga ia mengeras. Langkah terakhir ialah bilas dengan air biasa.

Jika masih rasa sakit lagi, ulang langkah tadi sehingga kecederaan anda beransur pulih. Bukan itu sahaja, kentang juga dapat digunakan untuk merawat kecederaan akibat melecur. Caranya ialah kupas kulit kentang tersebut dan cuci sehingga bersih. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian lalu sapukan pada bahagian yang melecur tadi sebelum dicuci hingga bersih.

Namun jika kecederaan anda semakin serius, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

Sumber: Petuaibu

Facebook Comments