[20 FOTO] “Belanja RM6,000 Kek Dua Anak” Woww Comel Anak2 Zamarul dan Linda Rafar NI..

(Skroll ke bawah untuk melihat gambar Kashfi, Kayla Reysha)

PENYANYI dan pelakon Diana Rafar bersama suami, Zamarul Hisham menyediakan kek berbentuk Lion King berharga RM4,800 buat anak lelaki mereka Kashfi Haiqal, 8, dan kek Little Pony berharga RM1,200 untuk anak perempuan, Kayla Reysha, setahun, sempena sambutan hari jadi di kediaman mereka, semalam.

Diana, 36, atau nama sebenarnya, Adiana Rafar berkata, meskipun majlis itu dibuat lewat dari tarikh hari jadi sebenar, dia dan suami tetap bersyukur dan berpuas hati kerana dapat merealisasikan permintaan anak sulung.

“Kashfi memang minat kartun Lion King. Jadi, saya minta Anne buatkan kek bentuk singa. Dalam masa sama, apabila bincang dengan perancang majlis mereka cakap rekaan kek sesuai dengan tema Putera dan Puteri.

“Kek ini kami bayar sebab Abang Zamarul jenis tak suka ditaja. Dari zaman kami kahwin lagi. Apa yang penting kami puas hati dengan hasil yang dibuat.

“Bukan tujuan nak tular, tetapi setiap tahun kalau boleh nak ada sesuatu yang istimewa dan eksklusif untuk anak. Sekali gus memberi kepuasan. Tengok kek yang dibuat pun jadi sayang nak potong sebab cantik sangat,” katanya kepada Harian Metro.

Diana yang juga pelakon filem Susuk berkata, sambutan dibuat lewat disebabkan keadaan kesihatan ibunya yang kritikal hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ogos lalu mak saya dimasukkan hospital dan berada dalam keadaan kritikal. Kebetulan, pada waktu itu hari jadi Kayla dan umat Islam menyambut Aidiladha.

“Jadi, saya dan suami ambil keputusan tak nak buat sebarang majlis termasuklah sambutan hari jadi Kashfi pada 29 Oktober lalu. Cuma, memandangkan tahun sebelum ini kami buat majlis hari jadi, kali ini dia bertanya pula.

“Bagi memenuhi permintaan Kashfi, saya dan suami buat juga sekali dengan majlis Kayla. Ia bukan saja lebih jimat, tetapi kami pun tak perlu jemput tetamu sama banyak kali. Nanti apa pula kata mereka. Silap hari bulan tak datang,” katanya.

Selain sambutan hari jadi, Diana turut mengadakan majlis doa selamat buat kesihatan ibunya dan sempena berpindah ke rumah baru.

“Keadaan mak belum sihat sepenuhnya. Jadi, sebelah pagi kami terlebih dahulu buat majlis kesyukuran, doa selamat dan bacaan tahlil. Ia sempena kami pindah rumah baru sejak sebulan lalu.

“Sebenarnya, apa saya nak adalah mak cepat sihat. Malah, ketika di hospital lagi mak selalu tanya, bila nak pergi rumah baru. Cuma saya cakap tunggu rumah siap sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa, semoga mak dipanjangkan umur dan dapat tengok rumah ini.

“Sejujurnya, saya berdebar nak tunggu detik ini. Bukan sebab majlis, tetapi saya nak mak dapat rasa semua momen ini. Alhamdulillah, dapat juga bawa mak tinggal bersama. Malah, kalau nak tahu setiap malam saya berdebar dan sebak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Metro

Facebook Comments