Baby Shima Terharu Dengan Syarat Yang Ditetapkan Floor 88

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

PENYANYI, Baby Shima terharu dengan syarat kumpulan Floor 88 yang tidak mahu menyanyikan single duet terbaru mereka ‘Roadblock Hatiku’, secara langsung, tanpa kehadirannya.

Menurutnya, Floor 88 mengenakan syarat itu walaupun lagu berkenaan sudah didengari hampir sembilan juta kali di laman YouTube.

“Dalam waktu sama, saya rasa bertuah kerana Floor 88 sudi bekerjasama dan menampilkan saya dalam lagu terbaru mereka,” katanya yang ketika ini berada di Jakarta atas komitmen kerja.

Baby Shima menjelaskan, dia bukan sengaja tidak mahu membantu Floor 88 untuk mempromosikan single itu, namun kerana terikat dengan jadual kerja yang padat di Indonesia.

“Lagipun, saya difahamkan oleh pihak pengurusan saya bahawa syarikat rakaman Floor 88, MVM Production merangka jadual promosi Roadblock Hatiku pada Januari depan.

“Pihak pengurusan saya menanti jadual penuh promosi dari pihak MVM Production bagi membolehkan saya pulang (ke Malaysia) dan membantu mempromosikan single terbaru kami,” katanya.

Nampak tak apa yang saya pegang? saya mencari orang yang paling banyak bagi saya untuk gari hati dia

Lirik Lagu Roadblock Hatiku – Baby Shima & Floor88

Kau telah roadblock hatiku sayang
Kau telah roadblock hatiku sayang hey

Cerita ini malam ketika aku keluar
Berjalan di kota raya melihat sini sana
Dengan e kali lima
Hingga ku sedar dompet ku di lain celana
Nasib ku menjadi parah pabila ada polis di depan mata

Hatiku rasa bergetar bagaikan petir menyambar
Saat engkau menghampiri kaku kaki terkunci
Bagai disumpah jampi
hingga perlahan-lahan ku mendekatinya

Dia memandangku
Terasa panahan percikan api cinta

Kau telah roadblock hatiku sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Kau telah roadblock hatiku sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Ku koya ya yakkan saman cinta
Ku tak kisah kau nak saman ku berjuta

Ku telah roadblock hatimu sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku
Jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Kau telah roadblock hatiku sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku
Jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Ku koya ya yakkan saman cinta
Ku tak kisah kau nak saman ku berjuta

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Metro

 

Facebook Comments