Datuk Neelofa meningg4l Dunia

PETALING JAYA: Datuk kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed meningg4l dunia pada Selasa yang juga hari ulang tahun keputeraan dan kew4fatan Nabi Muhammad SAW mengikut kalendar Islam iaitu 12 Rabiulawal 1440.

Berita sedih itu dikongsi pengurus pengacara program MeleTOP itu, Shawn Amer kira-kira pukul 11.20 malam di Instagram.

“Salam takzi4h buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga yang baru kehilangan datuk (abah) beliau yang tersayang.

“Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah,” katanya.

Neelofa menerusi InstaStory turut memaklumkan berita sedih itu dan berharap Allah dan Rasulullah SAW menyambut datuknya dengan gembira di hari mulia Baginda.

“Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari w4fatnya nabi.

“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari w4fatnya Rasulullah kekasih Allah – Nabi Muhammad. Al-Fatihah,” tulisnya.

Rata-rata peminat pelakon drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 hari ini mengucapkan salam takzi4h dan mendoakan agar seluruh keluarga Neelofa kuat dan sabar.

Sebelum ini, menerusi laporan mStar Online pada 16 November lalu, abang ipar kepada Neelofa iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu datuknya sedang berada dalam keadaan uzur di Kelantan.

Bagaimanapun, Sharnaaz berpesan agar tidak ada mana-mana pihak bertanya mengenai sakit yang dihadapi Allahy4rham datuknya itu ketika itu.

Neelofa juga pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya itu sedang terlantar sakit di hospital sambil mengucap shahadah dan berzikir tanpa henti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

Sumber : Mstar

Facebook Comments