Dulu Pengkid Kini Isteri Orang, Perubahan Drastik Wanita Ini Dapat Pujian Netizen

Siapa sangka pramugari jelita ini suatu ketika dahulu pernah menjadi pengkid. Menerusi Twitter, Atyn Junaidi berkongsi sekeping foto berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki sehingga mendapat lebih 14k retweet.

Di ruangan balas, ramai yang gembira dengan perubahan yang dilakukan beliau sehingga kini sudah bergelar isteri orang.

Ketika dihubungi wartawan mStar Online, Atyn mengakui mula berwatakan seperti lelaki ketika berumur 15 tahun lagi. Setelah dinasihati kawan-kawan dia mula berfikir dan mengambil keputusan untuk berubah.

SAYA MEMANG PERNAH JADI PENGKID DULU, TAPI TAK LAMA. MULA DARI TOMBOY MASA SEKOLAH DAN LEPAS SEKOLAH SAYA AMBIL KEPUTUSAN JADI PENGKID.

MULA UMUR 15 TOMBOY, HABIS SEKOLAH UMUR 18 TU DAH JADI PENGKID SAMPAI SAMBUNG PENGAJIAN.

TAPI SAYA BERUBAH SEBAB KAWAN-KAWAN BAIK TEGUR DAN SAYA FIKIR SAMPAI BILA NAK JADI MACAM NI, BILA ORANG SEKELILING PANDANG.

DULU KELUARGA PUN BISING TAPI MEREKA MEMANG TAHU SAYA RAMAI KAWAN LELAKI, SAYA TAK ADA KAWAN PEREMPUAN. JADI LAMA-LAMA MEREKA PUN FAHAM.

BILA BERUBAH JADI PEREMPUAN BALIK, MEREKA GEMBIRA. PERANGAI KASAR SAYA MASIH MACAM DULU CUMA PEMAKAIAN SAYA PERLAHAN-LAHAN UBAH.

BILA SCROLL GAMBAR-GAMBAR LAMA, END UP SAYA DAH KAHWIN, MACAM TAK PERCAYA PULA SAYA BOLEH BERUBAH DENGAN DRASTIK.

Baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan, Atyn memberitahu keluargalah yang paling gembira dengan perubahan dirinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStar Via OB via Lubukmaklumat

Facebook Comments