Gambar Eksklusif Anak-Anak Faizal Hussien Yang Jarang Dilihat

Gambar  Eksklusif Anak-Anak Faizal Hussien Yang Jarang Dilihat

Faizal Hussein adalah seorang pengarah dan pelakon yang cukup terkenal. Selain itu, beliau juga berbakat dalam bidang penulisan skrip. Watak Faizal yang paling menyerlah dan diingati sehingga kini ialah “Roy” menerusi filem Gila-Gila Remaja.

Ibu bapanya juga merupakan orang seni yang disegani, iaitu Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah sepupu kepada Rosyam Nor.

Faizal juga mempunyai ahli keluarga lain yang turut terlibat dalam dunia seni seperti Dilla Hussein (kakak) , Fairuz Hussein (adik) dan Natra Hussein (anak saudara).

Beliau berkahwin dengan Suhaila Sulaiman pada tahun 2004. Suhaila turut aktif berlakon suatu ketika dahulu. Mereka dikurniakan dua orang anak bernama Fazrick dan Fazryn.Faizal pernah menerbitkan sebuah buku berjudul “Limelight” bagi berkongsi pahit maung yang terpaksa ditempuhi sepanjang bergelar anak seni.

Perkara paling sukar ibu bapa harus tempuhi adalah apabila terpaksa melepaskan anak-anak pergi. Tentunya hari tersebut adalah antara yang paling ditakuti oleh ibu bapa.

Mungkin itulah yang dirasai oleh pasangan pelakon, Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman apabila anak sulung mereka, Fazryn, 13 tahun berjaya menempatkan diri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Menurut Faizal, dia terasa kehilangan dengan ketiadaan anak sulungnya di rumah.

“MINGGU PERTAMA DIA TIADA DI RUMAH. MEMANG TERASA SANGAT. LAGIPUN HUBUNGAN KAMI ANAK BERANAK MEMANG RAPAT.

“MUJURLAH SEKOLAHNYA MEMBENARKAN PELAJAR MEMBAWA TELEFON BIMBIT KECIL KE SEKOLAH, SETIAP HARI KAMI AKAN BERTANYAKAN KEADAAN DIRINYA DI SANA, DAPATLAH LEPAS RINDU BILA DIA MENGHUBUNGI MAMANYA,” KATANYA.

Sebelum ini, Faizal ada juga memuat naik foto di laman Instagram miliknya berkongsi perasaan bagaimana harus melepaskan anaknya pergi ke sekolah berasrama penuh itu.

Sementara itu, Faizal juga turut berkongsi bahawa anaknya kelihatan ceria sahaja ke sekolah tersebut tetapi dia yang sebak.

“LUCUNYA ANAK SAYA TENANG SAHAJA BERADA DI SEKOLAH BERASRAMA. TAPI SAYA YANG SEDIH DAN SEBAK.

“MEMANG IMPIANNYA UNTUK MEMASUKI MRSM DAN BILA TERCAPAI, SAYA SANGAT BANGGA. SAYA HARAP DIA TERUS SUKSES DALAM HIDUPNYA DAN KEKAL BERADA DI DALAM MRSM SEHINGGA TAMAT SEKOLAH,” KATANYA LAGI.

Faizal juga turut berkongsi bahawa dia dan isterinya boleh dikatakan setiap minggu akan melawat Fazryn di sekolah tersebut dan jika berkesempatan membawanya ‘outing’.

“BIASANYA KALAU MINGGU YANG DIA BOLEH OUTING, KAMI AKAN KE SANA PADA HARI SABTU PAGI, BAWA DIA KELUAR DI SEKITAR PEKAN KUALA KLAWANG DAN KEMUDIAN HANTAR DIA SEMULA KE ASRAMA.

“SELEPAS ITU KAMI AKAN BERMALAM DI SEKITAR KUALA KLAWANG DAN ESOKNYA KAMI ULANG RUTIN SAMA ATAU SEKADAR DUDUK DI KAWASAN SEKOLAH SEBELUM PULANG KE KL.

“SETAKAT INI ADA SEMINGGU SAHAJA TAK DAPAT NAK LAWAT SEBAB TERIKAT DENGAN KERJA,” KATANYA LAGI.

Faizal Hussein tidak berminat untuk bergelar pengarah.

PELAKON Faizal Hussien memberitahu dia tidak berminat untuk bergelar pengarah kerana merasakan dirinya tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut.Faizal yang kini berusia 51 tahun berkata, dia ada mendapat banyak tawaran mengarah namun menolaknya kerana yakin hasilnya nanti tidak memuaskan.

“Tawaran mengarah banyak tapi saya memang tidak berminat dan tiada bakat sebagai pengarah jadi lebih baik berlakon sahaja.

“Kalau semua benda nak buat tetapi tiada satu pun yang anda mahir susah juga.Saya tahu saya tiada bakat dan tak pernah menyesal menolak pelbagai tawaran mengarah yang diberikan,” katanya.

Faizal Hussein masih jadi rebutan produksi filem dan drama.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia bersyukur kerana pada usianya sekarang tawaran berlakon masih banyak malah diberi kepercayaan memegang peranan hero dalam filem.

Kata Faizal, dia berasa beruntung kerana masih mendapat tempat di hati penonton walaupun ramai pendatang baharu yang menghiasi dunia lakonan ketika ini.

“Alhamdulillah saya masih diperlukan sebagai hero pada usia sekarang sudah memasuki 51 tahun.“Saya lebih puas berlakon dan berada di hadapan kamera. Kalau tengok kebanyakan pelakon Hollywood pun tak ramai yang jadi pengarah.

Faizal bakal muncul dengan filem Kalla.Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, dia teruja dapat bekerjasama dengan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dalam filem televisyen, The Hantus.

Katanya, ia adalah antara projek berbeza yang pernah diterimanya selain perlu memegang watak sebagai hantu“Memang seronok kerja dengan Nabil kerana sebagai pengarah dia begitu teliti tentang apa yang dia mahukan.

“The Hantus juga adalah sebuah filem unik dan berbeza membuatkan ia antara projek yang berbeza pernah saya lakukan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber :  kakitapau

 

Facebook Comments