[VIDEO] Amitabh Bachchan Tolong Bayar Hutang 1,398 Petani Di India

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Amitabh Bachchan, Pelakon veteran Bollywood disanjung sebagai seorang bintang petani India selepas menyelesaikan pinjaman berjumlah 40 juta rupee (RM2.34 juta), ketika krisis pertanian yang membelenggu kemiskinan petani luar bandar negara itu.

Petani di India telah membuat tunjuk perasaan setelah terjejas teruk akibat kejatuhan harga komoditi, upah tidak setimpal, harga bahan api dan kos baja yang tinggi melanda negara itu.

Sebelum itu, beratus-ratus petani di Maharashtra telah membvnuh diri sejak beberapa bulan lalu dan menggesa kerajaan mengambil tindakan.

Kerajaan negeri itu memaklumkan pada minggu lalu, seramai 639 petani membvnuh diri antara Mac dan Mei lalu dengan purata tujuh orang petani berbuat demikian setiap hari.

NHRC telah meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menyerahkan laporan dalam tempoh sebulan berhubung krisis itu dan skim kebajikan kerajaan yang boleh diperuntukkan.

Walaupun menerima bantuan, pertanian di negara ini mengalami masalah yang teruk ekoran kemarau, infrastruktur yang lemah dan harga pengeluaran yang rendah namun Maharashtra adalah yang paling teruk terjejas.

Kejadian bvnuh diri dalam kalangan petani yang ramai adalah masalah yang serius kerana membabitkan hak kehidupan mangsa. Ahli keluarga mangsa turut mengalami tekanan akibat kematian ketua keluarga masing-masing.

Masalah ini merupakan perkara yang sangat besar kepada petani di seluruh negara yang kini berada dalam keadaan teruk,” kata jurucakap Kesatuan Petani India, Rakesh Tikait yang memberitahu Thomson Reuters Foundation.

“Dasar kerajaan tidak sempurna dan memerlukan penambahbaikan yang menyeluruh. Kami sedang berjuang untuk perubahan itu, namun mengalukan sebarang bantuan yang dihulurkan pada masa depan,” katanya.

Tikait berkata gerak isyarat Bachchan mungkin menjadi simbolik petani berjuang untuk terus hidup.

Bachchan yang menulis dalam blognya minggu ini bahawa dia sudah membantu kira-kira 1,398 petani dari utara negeri Uttar Pradesh dan berpuas hati dengan hasil pertolongannya itu.

Abhishek Bachchan jawab ejekan masih tinggal bersama keluarga

KEPUTUSAN pelakon Bollywood Abhishek Bachchan untuk tinggal bersama orang tuanya, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan selepas berkahwin mendapat kecaman netizen.

Biarpun sudah memutuskan hal itu sejak awal perkahwinannya dengan aktres popular, Aishwarya Rai, namun masih ramai yang mempersoalkan perkara tersebut.

Seperti dipetik Bollywoodlife.com, netizen India menggelar pelakon itu sebagai pengecut dan anak manja kerana tidak mahu berdikari.

Bagaimanapun, Abhishek menjawab kritikan itu dengan bahasa sopan di Twitter.

“Ya!, itu adalah saat paling indah dan membanggakan kerana selalu berada dekat dengan mereka seperti mereka yang sentiada ada bersama saya,” tulisnya menerusi akaun @juniorbachchan.

Sebelum ini, umum mengetahui syarat utama kepada calon isterinya sebelum berkahwin ialah tinggal bersama kedua-dua orang tuanya.

Perkara itu membuatkan pertunangan dengan aktres Karisma Kapoor terputus di tengah jalan kerana kakak kepada Karena Kapoor menolak untuk tinggal bersama mertua.

Selepas berkahwin dengan Aishwarya, beberapa khabar angin tentang masalah rumah tangga muncul berpunca dengan campur tangan ibu bapa mertuanya.

 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

Sumber : Thomson Reuters Foundation, NHRC via RatuSembang

 

Facebook Comments