[VIDEO] “Semoga Terus Istiqamah Untuk Berhijab”, SubhanAllah Cantik Sangat Fauziah Gous Nampak Sopan – Netizen

Baru pulang dari mengerjakan haji baru-baru ini, Fouziah Gous tampak manis berhijab. Kongsi Fouziah, sebelum ini beliau pernah mencuba untuk berhijrah selepas beberapa kali menunaikan umrah tapi gagal dan kali ini Fouziah berharap dapat terus istiqamah untuk berhijab.

“Insya-Allah. Doa baik-baik untuk hal ini. Saya bukan manusia yang sempurna. Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah. Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung”

“Tapi saya tak mahu buat atas paksaan atau suruhan orang lain. Saya mahu lakukan secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan, bukannya ke belakang. Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri”

Selalunya ramai selebriti mengeluh tidak mendapat tawaran apabila sudah bertudung, tetapi Fouziah tawakal dengan penhijrahannya. Katanya, syukur kerana masih ada pihak yang menerima perubahannya dan meneruskan tawaran.

Di ruangan komen ramai memuji kecantikan pelakon ini yang manis berhijab sejak pulang menunaikan haji. Malah perkongsian gambar-gambar Fouziah juga kini semuanya menutup aurat dan berhijab penuh

VIDEO :

Komen Netizen :

Cantik, semoga terus istiqamah sis @fouziahgous..may allah bless u always. Amin..

Sangat sesuai kalau Akak @fouziahgous pakai macam ni bertambah lagi kecantikan nye semoga istiqomah dalam berhijab ye

SubhanAllah cantik sgt, nampak sopan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Rotikaya / IG Fouziah Gous

Facebook Comments