[VIDEO] ” Suka Sangat Menyakat Ye Dayyan, Ikut Perangai Siapa La Ye”- Netizen Terhibur Dengan Telatah Black Junior

Siapa tidak kenal dengan penyanyi popular menerusi lagu  ‘Teman Penganti’ iaitu Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black. 

Nama Black mula melonjak naik setelah menjuarai rancangan Mentor musim ketiga dan merupakan anak didik kepada Mas IdayuBlack sangat aktif berkongsi mengenai perkembangan dirinya dan keluarga di laman Instagram peribadinya.

Seperti yang diketahui umum, Black sering mengikuti rancangan lawak di kaca televisyen. Apa tidaknya beliau pun memang seorang yang berpewatakan lucu dan bersahaja.

Sifatnya yang lucu dan bersahaja sekarang sudah berjangkit dengan anaknya DayyanDayyan dulunya dikritik, sekarang menjadi perhatian netizen. Mana taknya, celoteh Dayyan yang petah bercakap walaupun pelat, menarik perhatian rata-rata netizen. 

Sebentar tadi, Black telah memuat naik video dilaman instagramnya. Video yang berdurasi hampir seminit tersebut sekali lagi telah menarik perhatian netizen.

KAPSYEN IG:

Bukan saje suka membebel,org tidoq pon dia suka kacau!tengok la perangai dia!valel tetap xtinggal 😂🤪 dayyan dayyan.. #nivalel#nimemangviral #nyawablack#khaleefdayyan #blackpirlo barai….

VIDEO:

Rata-rata netizen menyamakan sifat Dayyan dan daddynya yang suka menyakat. 

KOMEN NETIZEN:

Hang dulu kecik-Kecik lagu Ni ka

Ni Mesti Ikut Perangai Bapa Dia Mase Kecik Suka Kacau Org

Hilang Stress Bila Tengok Gelagat Budak Comel Ni

Semoga Dayyan menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. 

TEKS DARI: Staff Lubuk Maklumat

Sumber: ig Black.hanifahvia lubukmaklumat

Facebook Comments